Sunday, October 4, 2009
Tips To Share #4
oleh Noor Azam Abd Aziz
Transmisi automatik kini menjadi pilihan pemadu kerana ia lebih mudah berbanding manual terutamanya ketika merempuh kesesakan jalan raya.
Oleh itu, ramai pemilik kereta di bandar kini menukar kenderaan daripada transmisi manual kepada automatik.
Dari segi penjagaan, kedua-dua jenis kenderaan ini hampir sama saja, terutama bahagian yang cukup penting, iaitu enjin.
Perbezaan yang ketara di antara kenderaan automatik dengan manual cuma sistem penukaran gearnya dan cara menggunakannya saja.
Jika kenderaan manual anda terpaksa menukar atau memasukkan gear menggunakan tangan serentak kaki memijak pedal klac, kenderaan automatik pula sebaliknya. Anda hanya perlu memijak pedal minyak untuk menggerakkan kenderaan.
Berikut beberapa panduan yang boleh dimanfaatkan pemilik kenderaan yang menggunakan transmisi automatik berbanding manual.
Sebaik-baiknya, sebelum memandu kenderaan automatik mahirkan diri anda dengan panel gear.
Biasanya, pada sesuatu kenderaan automatik, anda hanya perlu menggerakkan panel gear pada kedudukan "P" untuk parking, "D"(kenderaan bergerak ke hadapan), "N" (normal) dan "R" (mengundur)/
Satu lagi masalah bagi mereka yang baru bertukar daripada kenderaan manual kepada kenderaan automatik ialah meyesuaikan kedudukan kakinya.
Biasanya, apabila seseorang itu baru memandu kenderaan automatik, kaki kirinya sering kaki mahu memijak pedal klac.
Oleh kerana kaki kiri tidak digunakan langsung apabila anda membawa kenderaan automatik, biasakan supaya jangan mengangkat kaki atau mengalih kaki kiri ketika memandu.
Ketika menekan brek pula, jangan sekali-kali menggunakan kaki kiri. Kawalan di antara minyak dan brek seharusnya dilakukan oleh kaki kanan saja.
Satu lagi penjagaan penting kereta automatik ialah kekerapan memeriksa paras minyak gear, minyak stering berkuasa dan brek.
Penukaran minyak gear termasuk penapis seelok-eloknya dilakukan selepas 20, 000 hingga 30, 000 kilometer perjalanan.
Menukar minyak gear ini penting bagi melicinkan sistem penukaran gear yang amat bergantung kepada putaran minyak yang melalui penapis khasnya.
Pemeriksaan minyak stering berkuasa pula sewajarnya dilakukan setiap satu bulan. Minyak gear juga boleh digunakan untuk menambah minyak stering berkuasa.
Jika pemilik kereta gear manual dinasihati menyelenggara cekera brek setiap 20, 000km, pengguna kereta automatik pula seharusnya berbuat demikian lebih awal, iaitu setiap 15, 000km.
Ini kerana pad brek pada cakera cepat haus kerana setiap pemandu automatik bergantung kepada sistem cengkaman brek yang baik.
Anda perlu ingat bahawa kenderaan bergear automatik tidak mempunyai kotak gear manual untuk membantu memperlahankan atau memberhentikan kenderaan jika brek tidak berfungsi.
Dipetik daripafa Harian Metro, Sept 30.
Friday, October 2, 2009
An Event You Woudn't Want To Miss!
Be prepared for the upcoming JPM Hills Climb Time Challenge 09 that is taking place next week!
This event is an opportunity for supercars and performance car owners to put their vehicles to the test, and let me assure all of you that you will be seeing cars from brands such as Porsche, Ferrari, Nissan, Lotus, Aston Martin, Lamborghini and many more!
Let me give you a sneak peek of the cars they bring in for the event's press conference:
Are you a fan of this sexy red Ferrari?
Or, are you more into this sporty Lamborghini?
For me, this is my favourite.
If you are not really into these two brands, i'm sure one of these would be.
Now, imagine you are at the hills side, where 80-100 supercars/performance cars ranging from different brands gathered for a race. That means, you would see all Porsche, Ferrari, Aston Martin, Lamborghini and etc in various different colours and designs all at one go! Don't you think it's amazing?
Come and see for yourself, and you would be getting a breeze of fresh air too as it's held in Bukit Tinggi. Here are the details:
Organizer:JP Performance Motorsport
Location :Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi
Date:9th till 11th October 2009
See you guys there next week!
Friday, September 25, 2009
Frankfurt Motor Show 2009


Maserati GanCabrio
Porsche 911 GT3
2010 Mercedes-Benz SLS AMG
BMW Vision EfficientDynamics Concept
2012 Ford Grand C-Max*All photos are courtesy of MotorTrend
Wednesday, September 23, 2009
Malaysia's own F1 team
However, the media and the public's opinions are quite sceptic about this 1Malaysia F1 Team, as all are in doubts whether the team could survive and where would the money to support the team be coming from.
Thursday, September 17, 2009
TOC Champions!
It takes alot of concentration and passion to be able to win this competition, so bravos guys! You all make TOC so proud!
Now, we have another student who is in the dodgeball team as well, and he won the MVP award for Best Accurate Shooter!!
Thursday, September 10, 2009
Tips To Share #3
Terdapat pelbagai jenama dan jenis alat yang didakwa mampu menjimatkan penggunaan bahan api di pasaran sekarang, terutama ketika harga petrol dan diesel meningkat.
Namun, kemampuan alat terbabit menjimatkan minyak masih diragui ramai selain harga yang mahal menyebabkan ada yang teragak-agak menggunakannya.
Bagaimanapun, penjimat minyak terbaik ialah diri pemandu sendiri, terutama kaki kanannya kerana tahap tekanan kaki berkenaan ke pedal minyak kenderaan bakal menentukan jumlah penggunaan bahan api.
Semakin kuat pedal ditekan, semakin laju kereta, bermakna semakin banyak bahan api digunakan dan kaki itu juga bertanggungjawab menekan pedal brek. Amalan membrek terlalu kerap dan mengejut juga antara faktor pembaziran bahan api.
Kita boleh membuat kajian sendiri iaitu dengan memandu laju untuk satu jarak tertentu, contohnya 140 kilometer sejam untuk jarak 100 kilometer. Catatkan penggunaan minyaknya dan selepas itu gunakan kereta yang sama, memandu pada kelajuan antara 80 hingga 90 kilometer sejam untuk jarak yang sama dan catatkan penggunaan minyak.
Anda pasti boleh melihat perbezaan yang penggunaan minyak ketara untuk dua jenis pemanduan itu dengan kelajuan antara 80 hingga 90 kilometer sejam menjimatkan minyak sehingga 30 peratus!
Selain itu, ramai pemilik tidak mengambil berat teknik pemanduan betul yang boleh menjimatkan bahan api dan kos menyelenggara kenderaan mereka pada jangka masa panjang.
Keadaan enjin yang sempurna, termasuk sistem penalaan serta palam pencucuh mempengaruhi penggunaan bahan api itu dan langkah paling berkesan mengurangkan kos memandu ialah menjimatkan penggunaannya.
Apabila lampu amaran petrol kenderaan menyala, anda tidak perlu panik. Walaupun ia menyala, kenderaan masih boleh bergerak sejauh antara 60 hingga 70 kilometer.
Bagaimanapun, keadaan itu bergantung kepada jenis kenderaan, enjin, kuasa serta cara memandu, tetapi sebaik-baiknya pandulah pada kelajuan tetap iaitu kurang 100 kilometer sejam dengan menggunakan gear paling tinggi.
Memandu pada kelajuan tidak menentu hanya membazirkan petrol, sebaliknya anda perlu berusaha menstabilkan kelajuan kerana sekiranya melebihi 100 kilometer sejam, penggunaan minyak akan meningkat.
Bagaimanapun, jika memandu terlalu perlahan, anda terpaksa sering menukar gear, bermakna akan meningkatkan penggunaan bahan api itu. Bagi transmisi manual, memandu pada kelajuan 80 kilometer sejam dengan gear lima kurang menggunakan petrol berbanding kelajuan 40 kilometer sejam dengan gear ketiga.
Sebaliknya, anda perlu mengelak menekan pedal minyak atau mengangkat kaki dai pedal berkenaan, sebaliknya biarkan kenderaan meluncur lahan tetap.
Ini kerana setiap kali anda berbuat demikian, sistem bahan api akan memancutkan minyak seperti anda menyiram pokok menggunakan pistol penembak air di mana semakin kuat ditekan, semakin banyak minyak memasuki kebuk pembakaran.
Oleh itu, kelajuan yang sekata akan menyebabkan kadar pengaliran minyak yang masuk ke ruang pembakaran sentiasa tetap.
Anda juga dinasihatkan mengelak daripada kerap membrek, sebaliknya biarkan kenderaan meluncur terutama ketika menghampiri simpang.
Alat pendingin hawa juga perlu dimatikan kerana jika digunakan ia menyebabkan enjin terpaksa bekerja lebih keras, sekali gus membantu meningkatkan penggunaan minyak.
Anda perlu ingat, jarak sehingga 70 kilometer itu hanyalah anggaran dan dinasihatkan tidak mengamalkan tabiat membiarkan tangki petrol hampir kosong sebelum mengisinya.
Panduan menjimatkan penggunaan minyak:
Penalaan enjin
Tanpa penalaan yang betul, anda sukar menjimatkan minyak walaupun menggunakan alat penjimatan minyak. Enjin yang tidak ditala dengan betul akan menyebabkan pergerakan enjin tidak konsisten, kehilangan kuasa, sukar hidup serta pembakaran tidak sempurna.
Memandu dalam bandar
Ramai beranggapan memandu dalam bandar menyebabkan penggunaan minyak yang banyak kerana kesesakan lalu lintas. Bagaimanapun, jumlah penggunaan itu sebenarnya bergantung kepada cara pemanduan.
Anda dinasihatkan tidak membrek secara melulu, sebaliknya angkat kaki dari pedal minyak perlahan-lahan dan biarkan kereta meluncur sendiri terutama ketika menghampiri lampu isyarat atau persimpangan jalan.
Kualiti petrol dan minyak pelincir
Sebahagian minyak dicampur dengan bahan tambahan yang boleh membersih serta mengurangkan enapan karbon dalam karburator dan sistem masuk enjin. Penggunaan minyak pelincir yang baik bagi meminimumkan geseran dalam enjin juga akan membantu mengurangkan penggunaan petrol.
~Artikel dipetik dari Harian Metro Klassifieds seksyen yang disiarkan pada 8 Sept
Tuesday, September 8, 2009
Lotus Experience Contest Winner
The news about the winner getting his prize was published in The Star today.
Click on the picture to read about the article!